Resepi Pau Gebu

Resepi Pau Gebu

Umie Nurhayati 01/12/2020 159 0 0
Resepi Pau Gebu
Bahan A *
1.300gm air suam
2.220gm gula kaster
3.18gm yis segera
Bahan B"
1.920gm tepung pau
2.60gm vegetable fat (special for pau) kalaw tak ade boleh gune vegetable shortening
3.180gm air
4.1 sudu teh bread softener
5. 2 sudu teh crescent baking powder (boleh tukar baking powder biasa jer kalaw tak ade)
6.2 sudu teh minyak masak
Cara-cara
1.masukkan air suam ke dalam mangkuk,tambah yis segera dan gula...campur sebati dan biarkan selama 10 minit.
2.Campurkan kesemua bahan B.(Ayak dulu tepung bersama baking powder).Uli pakai tangan jerk...
3.Lepas tu masukkan bahan A tadi dan uli lagi sehingga doh betul2 elastik...
Diulangi uli sehingga doh betul2 ELASTIK kalaw nak pau kita gebu gebas.
4. Rehatkan doh sehingga naik 2 kali ganda.
5.Lepas dah naik 2 kali ganda,tumbuk doh tu bagi buang angin...uli sikiy lagi...just uli2 manja jer
6.Bahagikan doh kepada 30gm or ikut korang nak besar mana pau nyer tu.
7.Bulatkan doh dan leperkan atas tangan sahaja,boleh la isikan inti kesukaan anda..
8.Tutup doh kemas2 dan bulatkan balik cantik2...Letakkan di atas baking paper yang korang dah gunting tu....bentuk kertas ikut suka,hakak buat bulat sebab nampak kemas n comel.
9.Untuk buat deco kat pau,hakak amik sedikit lebihan doh tu dan warnakan dengan serbuk koko untuk bagi impak warna hitam dan pewarna pink n purple untuk boh kat pipi pau tu.
Bentukkan la ikut kretiviti masing2...lagi halus line kat deco tu lagi nampak comel pau korang.
9.Dah siap deco semua,rehatkan pau selama 30 minit.
10.Susun di atas pengukus dan kukus selama 5-7 minit sahaja..
Hakak kukus 5 minit jerk
Tips
1.kukus menggunakan api kuat,jangan guna api terlalu kecil ok.
2.jangan lupe tutup tudung periuk dengan kain
3.Bila pau dah masak terus tutup api,bagi wap reda dulu baru buka penutup periuk kukus tu,tak pon angkat jer periuk yang berisi pau tu beserta periuk ke tepi baru buka penutup periuk.
4.jangan kukus terlalu lama
Selamat Mencuba ????
Semoga perkongsian hakak menjadi asbab kebaikan yer,salam sayang dari hakak

Write a Comment