Resepi biskut Mama Carey

Resepi biskut Mama Carey

Umie Nurhayati 02/12/2020 178 0 0
Resepi biskut Mama Carey
Bahan2
1. 200gm mentega
2. 100gm gula kaster (hakak kurangkan sikit)
3. 1 biji kuning telur
4. 1 sudu teh esen vanila
Bahan di ayak
1. 260 gm tepung gandum (hakak sangai dulu)
2. 50gm tepung jagung
3. 50gm susu tepung
Bahan aising
1. 1 biji putih telur
2. 1 sudu besar tepung jagung penuh menggunung yer
3.90gm gula aising
Cara2.
1.pukul mentega dan gula kaster hingga sebati,bukan kembang yer...pakai senduk jer
2.masukkan kuning telur dan esen vanila,teruskan pukul lagi,
3. Masukkan tepung sikit demi sedikit sehingga menjadi doh.(kalaw lembut tambah tepung,kalaw keras tambah jer sikit lagi mentega)
4. Terap doh menggunakan acuan love @ acuan yang anda suka.
5. susun di atas dulang pembakar dan bakar dalam ketuhar pada suhu 150°c selama 15 minit.
6. Setelah masak,biarkan sejuk sebelum kita letak aising.
7.sekarang sediakan aising nyer pula.
8. Pukul putih telur hingga kembang (telur ni jangan terkena air or tercampur dengan kuning telur yer)
9. Masukkan gula aising dan tepung jagung dan terus pukul sehingga likat,jika cair boleh tambah gula aising sehingga tekstur yang kita nak pekat mana yer.
10. Bahagikan aising ikut warna yang disukai...
(Hakak guna pink,hijau,kuning dan biarkan 1 warna putih untuk buat dotdotdot)
11.paipkan aising atas biskut dan buat dotdot2 ikut kretiviti masing2.
12.bakar balik biskut selama 10 minit jerk taw.
*nak buat dotdot tu korang jangan plak tunggu sampai aising tu keras yer,
Cara hakak,hakak paipkan 3 biskut n terus buat dotdot...n paip lagi untuk biskut seterus nyer,n terus buat dotdot.
K uols selamat mencuba ????
Moga perkongsian hakak ni jadi asbab kebaikan insyaAllah,
Salam sayang dari hakak Umie Nurhaya

Write a Comment