RESEPI KACANG POOL JOHOR

RESEPI KACANG POOL JOHOR

Umie Nurhayati 29/11/2020 155 0 0

Bahan-bahan

(Kisar Halus)
1.10 biji bawang merah
2.4 ulas bawang putih
3.1 inci halia

* 300 gm daging hancur (hakak pakai daging buger ramlee jerk)
* 2 sudu besar rempah kari daging
* 1 tin kecik baked bean
* 1 camca besar serbuk ketumbar
* 1 camca teh lada hitam
* 2 camca besar minyak sapi (hakak tak gune sebab tak ada)
* gula,garam dan air secukupnya
* minyak untuk menumis

Bahan2 hiasan lain
1.limau kasturi belah 2
2.bawang besar di dadu kecil
3.cili hijau di potong
4.Roti
5.tomato di dadu (hakak tak boh sebab tak ada)
6.minyak sapi dimasak hingga cair

Cara-cara membuatnya

1.panaskan minyak dan tumis bahan2 kisar tadi.

2. Bila dah garing masuk kan (rempah kari,serbuk ketumbar dan kacang bake bean yang telah disatukan tu)kacang bake bean ramas2 kasar dulu taw.

3.Masak lagi sehingga sebati,lepas tu baru masukkan daging hancur/cincang dan lada hitam.

4.Tambahkan sedikit air ikut kepekatan yang kita nak.

5.Kacau2 sehingga daging tu masak...

6.Perasakan dengan garam,gula ikut citarasa

7.tutup api dan hidangkan

Cara nak hidang

1.bakar roti bersama marjerin/planta
2.ambil kuah kacang pool dan hias bersama bawang yang di dadu,cili potong,tomato dadu,hirisan limau dan telo mata.
3. Curahkan minyak sapi yang dicairkan atas kuah kacang pool tu
4. siap untuk dinikmati

Maaf rupa telur mata hakak tak berapa nak comei...

Selamat Mencuba uols ????

Semoga perkongsian ilmu yang tak seberapa ni menjadi asbab kebaikan...insyaAllah

Write a Comment